Sunday, June 28, 2009

Surau jadi tempat seksaan - Lima pelajar dibelasah selepas solat witir


SMA Rompin di Kuala Rompin, tempat berlakunya kejadian buli dan belasah melibatkan 20 orang pelajar baru-baru ini.



KERATAN Kosmo! 20 Jun



LAKONAN semula kejadian pukul melibatkan pelajar junior dan senior di surau asrama SMA Rompin.


ROMPIN - Lazimnya surau menjadi tempat beribadat namun lain pula ceritanya bagi lima pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin di sini yang menyifatkan ia sebagai tempat penyeksaan ala penjara Abu Gharib, Iraq.

Seorang daripada pelajar terbabit mendedahkan, bukan sahaja Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli hingga pengsan oleh sekumpulan pelajar senior di surau itu malah dia bersama tiga lagi rakan turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.

Pelajar tingkatan tiga yang enggan dikenali itu memberitahu, selepas Ashraf dibelasah pada pukul 1 pagi, dia dan tiga lagi pelajar junior turut dipukul secara bergilir-gilir di surau tersebut.

"Pada malam itu (Khamis) sebaik selesai solat witir, kami dipanggil seorang demi seorang memasuki surau dan dibelasah mengikut giliran selepas kumpulan pelajar senior tidak puas hati sebab kami enggan ikut arahan mereka.

"Saya yang terakhir dipanggil dan sebelum tiba giliran, saya terdengar jeritan kawan-kawan yang dibelasah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Pelajar tersebut diberi cuti oleh pihak sekolah bersama empat lagi rakannya termasuk Ashraf selepas kejadian itu.

Menceritakan kejadian buli itu, mangsa berkata, setiap kali rakan-rakannya dipanggil masuk ke surau, lampu akan dipadamkan dan kedengaran hanya suara kumpulan pelajar senior yang seronok membelasah dan teriakan mangsa.

6 comments:

  1. inilah terjadi bila manusia hilang akal, nafsu mguasai diri..ingat diri lebih hebat bberbanding tuhan..dan semestinya memalukan sekolah yg dilebalkan pengaruh islam lebih kuat.bgs lg pilih sekolah biasa yg tdk berteraskan agama semata-mata..inilah generasi hancur punah yg bakal menerajui negara pada masa akan datang.sungguh kasihan.. :(

    ReplyDelete
  2. sebenarnyer...kes ini bukan yg sebnar..kpd reporter yg menulis repot ini...tlong tulis cerita yg betol...sy senior pd tahun itu tahu akn cerita yg sebnarnyer....bukan di belasah seteruk yg d gambrkan...budak 2 just bergaduh dgn senior...hal guraw sms mgmbil wduk sprti sediakala....di tempat wdhuk.BUKAN DLM SURAW...

    ReplyDelete
  3. btul tu,kes ni trjadi x same dgn keterangan kat atas tu,sy juga senior pada wktu kes ni brlaku,kalau boleh tlg btulkan ape yg slh,at least skolah agama steruk manapun,kita ttp ade background agame,all depend for what we choose...

    ReplyDelete
  4. walopon dah lama citer ni~ Masa pkara ini berlaku sya dlm tingkatan satu.Dan sekarang saya tingkatan 4..Saya x suka komen Anymous yang pertama.Jangan HINA sekolah AGAMA...Itu adalah salah satu kesilapan,,dan sekolah agama ni MENARIK!!!

    ReplyDelete
  5. Mmang patot pon bdux uw kna blasah...bdux uw org pnggil dye Ayap..dye uw da la suke lnggar praturan,rmbat duit junior pas uw jual enset cury...mmang patot maty jew bdux uw...geram kalo ingt BABi uw baleq...

    ReplyDelete
  6. sedap pukul dia, padan muka byk buat hal sgt .

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: