Saturday, June 27, 2009

Rawatan perut G5

Rawatan selama 40 minit itu bukan hanya berfungsi untuk memecahkana lemak malah bertujuan melancarkan peredaran darah.




JANGAN jadikan alasan bahawa usia remaja atau muda bukan masa yang sesuai untuk menitikberatkan soal kecantikan diri dan kesihatan dalaman badan.

Seharusnya sebaik sahaja menginjak usia berkenaan anda sudah mula memikirkan apakah kaedah kecantikan atau rawatan yang mampu membuatkan anda kekal menawan.

"Benar, inilah masa terbaik buat remaja atau wanita muda mementingkan aspek kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Tidak elok sesudah lanjut usia baru nak melakukan sesuatu.

"Namun aspek kecantikan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi padanan busana atau solekan tebal. Sebaliknya melakukan proses menghaluskan kulit badan dan wajah," jelas Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn.Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas sikap remaja yang obses untuk langsing, namun kerap merungut gara-gara mengalami masalah perut buncit.

Membantu golongan muda yang bingung memikirkan masalah perut buncit itu, Syed Muhammad atau Abib, menyarankan beberapa rawatan perut yang ditawarkan di Pusat Kecantikan Jamu Mak Dara (BEC), Taman Melawati, Kuala Lumpur.


PROSES rawatan membalut perut, pelapik ultra tone dan penggunaan mesin G5 membantu mengempiskan perut.


Biarpun senarai rawatan menawarkan urutan tradisional memecah lemak, membuang angin dan bersengkak, BEC turut menggunakan khidmat mesin berteknologi bagi mempercepatkan proses rawatan.

Pada masa yang sama, penggunaan mesin berteknologi mampu memberikan hasil yang diingini pelanggan.

Buat pengunjung yang tidak berkesempatan ke pusat kecergasan atau melakukan senaman perut yang barangkali memenatkan, anda tidak perlu bimbang. Segala-galanya dapat diatasi di BEC.

Biasanya sebelum melakukan sebarang rawatan, perunding kecantikan BEC terlebih dahulu menjalani sesi rundingan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi dan rawatan yang bersesuaian.

Rawatan perut

Bagi pelanggan yang ingin mencuba rawatan moden, anda boleh memilih rawatan pecah lemak yang menggunakan teknik gegaran dari mesin khas G5.


PERUNDING kecantikan di BEC akan membantu pengunjung memilih rawatan yang sesuai.


Rawatan selama 40 minit itu bukan hanya berfungsi untuk memecahkan lemak malah bertujuan melancarkan peredaran darah.

Selesai menjalani rawatan tersebut, bahagian perut pelanggan yang sudah 'lembik' itu akan ditegangkan semula dengan jentikan kecil, pelapik Ultra Tone. Pelapik yang dilekatkan di sekitar perut akan memecahkan lemak-lemak yang berada di dalam lapisan bawah kulit.

"Tidak ketinggalan kami turut menawarkan rawatan memanaskan badan di dalam selimut panas yang direka khas untuk memecahkan lemak.

"Bagi hasil yang lebih baik, sebelum berselimut selama 20 minit perut pelanggan terlebih dahulu dibengkung dengan plastik selepas disapu krim dan herba untuk perut," terang perunding kecantikan Nadia Rostam yang menambah mesin dan peralatan yang digunakan mengatasi masalah perut turut membantu mencairkan lemak di bahagian lengan, pinggul dan paha.

Selepas sesi rawatan, pelanggan akan diberi minuman herba teh atau kopi yang berasaskan ramuan herba untuk pelawasan dan membuang angin.




Di BEC, penggunaan produk tidak hanya penggunaan krim moden, pada masa yang sama menggunakan ramuan semulajadi yang bertindak menyihat dan mencantikkan tubuh badan.

Empat bahan utama yang menjadi pilihan Pusat Kecantikan Jamu Mak Dara ialah:

Halia bara

Tumbuhan yang digunakan sebagai bahan utama dalam masakan dapat mengeluarkan angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar dan memecahkan lemak.

Kunyit

Membantu menghilangkan jerawat kecil dan gatal-gatal pada kulit badan.

Temu lawak

Dapat membersihkan perut dan menghaluskan kulit kasar.

Ketumbar

Turut berfungsi memecahkan lemak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: