Monday, June 8, 2009

Pesara rayu pencen dinaikkan

KUALA LUMPUR – Sekumpulan bekas penjawat awam yang dipersarakan atas sebab kesihatan meminta kerajaan menambah bayaran pencen mereka agar jumlahnya menyamai pencen minimum RM720 sebulan yang diberikan kepada pesara lain.

Jurucakap kumpulan itu, K. Kamalanathan, 51, berkata, kebanyakan mereka mengalami masalah kesihatan dan hanya bergantung pada bayaran pencen untuk meneruskan kehidupan.

“Kebanyakan kami hanya menerima bayaran pencen purata $250 sebulan dan ini tidak mencukupi,” katanya kepada Bernama semalam.

Bekas pemandu Jabatan Kerja Raya itu yang hanya menerima pencen RM244.67 sebulan menganggarkan terdapat kira-kira 500 pesara sepertinya.

Kumpulan bekas penjawat awam itu terdiri daripada mereka yang dipersarakan kerana mengalami sakit teruk dan didapati tidak lagi berkemampuan dari segi perubatan untuk terus bekerja.

Kamalanathan berkata, nasib kumpulan itu tidak diberi perhatian apabila kerajaan menaikkan pencen minimum kepada RM270 sebulan bagi setiap pesara mulai tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: