Monday, June 8, 2009

Bukan untuk 'samseng jalanan'


PELATIH PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009 meraikan kejayaan selepas menamatkan latihan mereka di Kem Cancun Park, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak sesuai untuk samseng jalanan kerana program itu bukan pusat pemulihan untuk membantu mereka yang bermasalah.

Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, tempat yang sesuai untuk golongan yang lebih dikenali sebagai 'mat rempit' itu adalah di pusat pemulihan yang benar-benar mampu mengubah sikap mereka.

"Matlamat utama penubuhan PLKN adalah mewujudkan perpaduan kaum dan membina sahsiah serta jati diri para peserta bukannya membetulkan perkara yang sudah rosak dalam masyarakat.

"PLKN bukan macam pusat pemulihan iaitu ambil golongan yang ada masalah khusus untuk dipulihkan," ujarnya ketika ditemui pemberita di Kem PLKN Cancun Park, Pasir Mas di sini semalam.

Abdul Hadi mengulas mengenai peranan JLKN dalam membendung gejala samseng jalanan selepas banyak pihak mencadangkan supaya golongan itu dihantar untuk menyertai program tersebut.

Menurutnya, sekiranya samseng jalanan itu dihantar ke PLKN ia akan menimbulkan satu persepsi negatif di kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: