yang dirawat di HSNZ, semalam." title="KASIH ISTERI...Atikah menemani Wan Abdul Razak yang dirawat di HSNZ, semalam." border="0" width="300" height="388"> |
KASIH ISTERI...Atikah menemani Wan Abdul Razak yang dirawat di HSNZ, semalam. |
KUALA TERENGGANU: Gara-gara mahu memisahkan lembu betina peliharaannya yang baru melahirkan anak, seorang lelaki warga emas cedera parah di beberapa bahagian badan termasuk badan dan telinga serta kemungkinan buta apabila ditanduk haiwan berkenaan yang tiba-tiba ‘naik minyak’, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi di Kampung Bukit Payong itu, mangsa, Wan Abdul Razak Wan Ngah, 73, pesara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) parah diserang lembu betina itu selepas dipisahkan daripada anaknya.
Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa cuba mengasingkan haiwan yang baru dibeli itu daripada imam kampung berkenaan, seminggu lalu daripada anak jantannya yang baru dilahirkan.
Difahamkan, sebaik menyedari dipisahkan dengan anaknya, haiwan betina itu tiba-tiba ‘naik minyak’ lalu terus menyondol Wan Abdul Razak menyebabkan mangsa cedera parah di muka dan telinga selain dikhuatiri buta mata kiri dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
|
“Saya seperti bergusti dengannya apabila ditanduk hingga jatuh tergolek sebelum dipijak dan disondol kira-kira 10 minit menyebabkan terpaksa menerima tujuh jahitan di telinga kiri akibat hentakan kuat lembu betina itu,” katanya.
|
Menurutnya, pada mulanya, dia cuba mengelak ketika serangan itu, namun tidak terdaya kerana haiwan berkenaan lebih besar dan pantas menyebabkannya terus rebah sebelum ditanduk dan dipijak.
“Saya tidak mempunyai pilihan lain dan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melawan lembu yang dibeli dengan harga RM1,450 itu walaupun haiwan itu bertubi-tubi menanduk mata, telinga kiri dan badan.
“Apapun, saya bersyukur kerana terselamat selepas seorang jiran segera menghantar saya dan isteri ke HSNZ untuk menerima rawatan,” katanya.
Katanya, isterinya, Atikah Ibrahim, 63, yang cuba membantu turut cedera di kaki dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.
Menceritakan semula detik mencemaskan itu, Atikah berkata, dia mengesyaki sesuatu apabila mendengar suasana riuh-rendah di kawasan kebun menyebabkannya bergegas ke kawasan itu dan cuba membantu suaminya yang rebah.
“Ketika cuba membantu suami, haiwan itu turut menerkam saya dengan menyondol belakang badan dan memijak kaki sebelum seorang jiran yang mendengar bunyi bising turut membantu,” katanya.
Menurutnya, jirannya itu segera meletakkan anak lembu jantan yang baru lahir kira-kira tiga jam sebelum kejadian itu berhampiran ibunya menyebabkan haiwan itu menghentikan serangan terhadapnya dan suami.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: