Monday, June 8, 2009

Dengarnya...: Apabila hubungan tak direstui keluarga


SATU lagi cerita yang sempat teman Cik Normah kongsi adalah mengenai kisah cinta seorang penyanyi dengan kekasihnya yang mendapat tentangan keluarga. Cerita tu memang Cik Normah dah tahu sebab penyanyi yang menjadi kegilaan ramai wanita ini tak pernah menyorokkan statusnya.

Cuma dia tak dapat nak tunjukkan sangat kekasihnya itu kerana mereka berlainan agama. Penyanyi itu satu ketika dulu pernah mengadu dengan teman Cik Normah mengenai masalah yang melanda dia. Katanya, dia amat sayangkan kekasihnya itu tetapi keluarga teman wanitanya tak setuju sebab keluarganya pemegang kuat sebuah agama ini. Sebagai menghormati kedua-dua pasangan ini, Cik Normah rasa lebih baik Cik Normah tak sebutkan sebab takut nanti membangkitkan sensitiviti pula.

Disebabkan mendapat tentangan keluarga, mereka terpaksa menyorok kalau nak berjumpa. Jika ibu teman wanitanya tahu dia keluar dengan artis itu, memang menjawablah wanita itu dengan ibunya nanti.

Bagaimanapun baru-baru ini Cik Normah dapat tahu, hubungan yang dijalin sejak bertahun-tahun itu sudah pun putus di tengah jalan. Puncanya kerana ibu teman wanita penyanyi itu sudah dapat menghidu hubungan serius mereka, jadi terpaksalah hubungan itu diputuskan. Lagipun sekarang ini, ibu kekasih penyanyi itu sentiasa berada di sisi anaknya 24 jam, jadi peluang untuk berjumpa memang tak adalah jawabnya.

Hai kasihan Cik Normah dengar percintaan sadis pasangan ini. Tak mengapalah anggaplah tidak ada jodoh saja, Cik Normah faham perasaan mereka berdua tetapi kalau nak juga bersama nanti mereka yang akan merana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: