Wednesday, June 10, 2009

Nabil bakal rakam album


NABIL


JUARA Raja Lawak musim kedua ini sememangnya seorang yang cukup murah rezeki.

Mana tidaknya. Sana sini semua orang mahukan Nabil.

Selain di televisyen dan filem, suaranya juga kedengaran menerusi sebuah iklan di radio. Hai, memang beruntung jadi Nabil kan.

Papa percaya Nabil yang kini sedang bahagia berkasih dengan Irma Hasmie tidak akan menjadi seorang yang mudah lupa diri. Betul tak Nabil?

Dalam pada itu, Papa dengar ada sebuah syarikat rakaman sudah pun menyambar Nabil untuk merakamkan sebuah album.

Ha, album? Biar betul? Boleh ke si Nabil ni menyanyi? Album apa pula si Nabil ni nak rakamkan? Sebab selama ini tak pernah pula kita dengar Nabil menyanyi di khalayak.

Cuma yang ada sekarang ini pun hanya membuat kemunculan khas dalam sebuah lagu berjudul Radio nyanyian Imran Ajmain yang turut menampilkan pelakon Diana Danielle.

Album yang bakal dirakamkan Nabil kelak bukanlah sebuah album komedi seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelawak terdahulu seperti Salih Yaacob, Poe, Jalil Hamid mahupun Ali Mamak.

Sebaliknya ia adalah sebuah album rap yang akan menampilkan sisi lain Nabil sebagai seorang penyanyi.

Papa percaya peminat-peminat Nabil tidak sabar menantikan album sulungnya nanti? Ha, nanti bila dah keluar jangan tak beli pula albumnya yang tulen. Ini tidak, suka sangat nak muat turun (download).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: