Wednesday, June 10, 2009

Jangan Pandang Belakang versi drama

Rentetan daripada kejayaan filem Jangan Pandang Belakang, Metrowealth Movies kini muncul dengan drama bersiri Jangan Pandang Belakang. Drama 13 episod ini menampilkan pelakon kacak, Ashraff Muslim membawakan watak utama di samping pelakon lain seperti Sharifah Shahora, Wan Hanafi Su, Aznah Hamid, Almy Nadia dan Mas Muharni.

Jangan Pandang Belakang bermula di sebuah kampung bernama Kampung Pasir Lengong. Di sana tinggal Syakir, anak bongsu Tok Lang yang merupakan pawang yang terkenal dan tuan tanah yang disegani baru. Setelah kematian bapanya Syakir tinggal bersama kakaknya Che Puteh, dan Mak Su mereka, Kasmiah.

Kasmiah yang tahu rahsia abangnya pada mulanya tidak mahu bercerita namun apabila keadaan semakin mengganggu, Kasmiah berterus terang dengan Syakir tentang ilmu saka yang dimiliki oleh Tok Lang.

Syakir yang tidak mempercayai semua itu menjalani hidup seperti biasa. Tetapi satu insiden ke satu insiden dilalui. Penduduk kampung Pasir Lenggong semakin ketakutan dan percaya kejadian berlaku kerana ketiadaan Tok Lang sebagai pawang yang menjaga kampung mereka.

Apakah yang berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Jangan Pandang Belakang setiap Selasa, jam 10 malam di TV2!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: