Monday, June 8, 2009

Dengarnya...: Tabik buat Scha tak takut kata cinta


CIK Normah kagum sungguh dengan keberanian pendatang baru Scha Al Yahya yang tak segan silu nak mengaku ada hubungan dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad. Tidak ramai artis yang berani seperti Scha, kebanyakannya lebih suka menyembunyikan hubungan cinta mereka.

Cik Normah pun tak faham kenapa ada artis yang nak sorok-sorok tapi apabila dah putus baru terhegeh-hegeh nak pukul canang. Tengok macam Scha, dia selamba saja membuat kenyataan betul-betul sayangkan Fahrin. Buat apa nak takutkan?

Walaupun Scha mendedahkan mengenai hubungannya bersama Fahrin, Cik Normah tengok rezekinya tak pula berkurang. Orang sekarang dah tahu menilai, siapa yang berbakat dan tidak. Kalau sudah ada teman istimewa tetapi ada bakat, orang pun minat nak tawarkan lebih banyak kerja.

Sekarang ini bukannya macam zaman dulu, peminat sekarang macam yang Cik Normah selalu kata sudah semakin terbuka. Jadi selepas ini mana-mana artis yang sudah ada teman istimewa, janganlah sibuk nak sembunyikan hubungan tu. Bukannya apa, disebabkan takut sangat diketahui sudah berpunya, diri sendiri yang susah nak ke hulu hilir sebab takut nanti orang nampak pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: