Monday, June 8, 2009

* Dengarnya...: Peserta peraduan nyanyi buah hati artis


BARU-baru ini teman Cik Normah yang sudah lama menyepi menghubungi Cik Normah di satu petang yang indah. Kalau dia tiba-tiba muncul, tahulah Cik Normah apa tujuannya. Hah, apa lagilah kalau bukan nak bergosip.

Teman Cik Normah yang kaki gosip ini memberitahu, kekasih kepada seorang artis khabarnya bakal bergelar artis juga. Katanya setelah diamati wajah peserta dalam sebuah pertandingan nyanyian, baru dia perasan yang peserta itu adalah seseorang yang istimewa bertakhta di hati artis itu.

Suaranya kata teman Cik Normah memang boleh tahan, rupa paras pun memang boleh jual. Silap-silap hari bulan boleh meletup daripada buah hatinya. Setakat ini biarlah Cik Normah rahsiakan program yang mana, nanti tiadalah kejutan.

Cuma menurut teman Cik Normah yang boleh tahan becoknya sama macam Cik Normah, peserta itu tak berapa suka sangat nak bercerita mengenai teman istimewanya itu. Bila ditanya mukanya segera berubah dan dia takkan cakap banyak jika ditanya. Cik Normah tak tahulah kenapa, mungkin kekasih hatinya sudah beri amaran jangan jawab sangat perkara yang menyentuh peribadi.

Atau mungkin dia tidak mahu orang tahu dirinya sudah berpunya kot? Manalah tahu nanti peminat lari. Ala setahu Cik Normah peminat sekarang dah bijak. Kalau dah kahwin sekalipun tetapi jika berbakat, mereka akan terima jadi janganlah takut sangat ya dik non...

Walau apapun Cik Normah doakan semoga dia berjaya dalam dunia baru yang dipilihnya itu. Janganlah pula sampai terkena kejutan budaya sudahlah, maklumlah orang yang ada rupa ini sering jadi perhatian ramai. Jadi berhati-hatilah..!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: