Wednesday, June 10, 2009

Dengarnya...: RTM tak pandai gilap bakat sendiri


PADA Sabtu lalu, Cik Normah cuba luangkan masa tonton program Pilih Kasih. Iyalah, nak tahu juga apa keistimewaan program realiti ini. Kebetulan pula, ramai yang mengatakan format program ini dikatakan sama dengan program Anak Wayang.

Setahu Cik Normah, matlamatnya saja sama iaitu nak cari pelakon berbakat. Cuma caranya yang berbeza.

Program Pilih Kasih ini disiarkan di TV2. Di kaca TV, program ini nampak agak lesu sikit. Mungkin ini baru minggu pertama. Lagipun ini program baru. Kebanyakan penonton mungkin mengambil sedikit masa untuk memahaminya.

Cuma, dalam soal program Pilih Kasih ini, Cik Normah tertanya-tanya juga mengenai pengacaranya. Cik Normah hairan menggunakan khidmat dua penyampai radio SinarFM dan EraFM. Mereka yang Cik Normah maksudkan ialah Raja Azura dan Reza.

Cik Normah tak kata Pilih Kasih sudah buat kesalahan besar kerana mengambil Raja Azura dan Reza sebagai pengacara. Setakat Raja Azura saja tak apalah sebab dia pelakon, tapi yang Cik Normah hairan ialah Reza sebagai pengacara.

Cik Normah pun tak pasti, sama ada Rosyam atau RTM sendiri yang membuat keputusan memilih pengacara terbabit. Apa kurang ke bakat di RTM yang boleh diketengahkan sebagai pengacara.

Bukan juga Cik Normah nak mempertikaikan bakat Reza dan Kak Engku mengacara. Diakui ramai, mereka antara yang kerap diundang mengendalikan program di pelbagai stesen TV tanah air. Di sini, kita boleh nampak keterbukaan stesen TV dan radio yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Tapi keterbukaan itu biarlah bertempat. TV3 dan Astro menggunakan barisan penyampai radionya untuk diketengahkan dalam pelbagai program TV terbitan masing-masing. Kenapa RTM tidak melakukan cara sama? Sebenarnya inilah cara untuk menghasilkan jenama sendiri terutama ketika RTM hendak mempopularkan stesen radionya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: