BELUM apa-apa lagi, Cik Normah dapat tahu ada seorang bintang realiti daripada program mencari bakat baru dalam dunia lakonan yang sedang disiarkan sekarang, sudah mula angan-angan macam seorang pelakon jelita yang mula diminati ramai ketika ini.
Cuba teka, apa program tu?
Setakat ini yang ada hanya dua program berkaitan iaitu Pilih Kasih atau Anak Wayang. Patut pun, rakan Cik Normah tengok program itu sewaktu diberi tugasan spontan membabitkan sebuah keadaan dalam kapal terbang, bukan main melonjak sakan dia.
Pelakon jelita yang Cik Normah maksudkan itu pun memang cukup dikenali selepas membintangi sebuah drama sehingga namanya terpahat dalam ingatan peminat. Drama itu mengenai kisah manusia yang cukup rapat dengan dunia penerbangan. Cik Normah tak nak cerita dengan terperinci. Alah, mesti semua tahu drama apa yang Cik Normah maksudkan.
Nak dipendekkan cerita, bintang realiti tadi pun perasan wajahnya juga sama seperti pelakon jelita itu. Kalau sekali pandang, memang Cik Normah tak nafikan yang dia memang mempunyai iras pelakon terbabit. Apabila diberitahu mengenai wajahnya hampir sama dengan pelakon jelita itu, dia tidak menafikannya kerana memang ramai menegurnya mengatakan persamaan mereka. Cuma kalau boleh dia tidak mahu jadi klon seperti pelakon dikatakan itu.
Cakap nampak macam beralas, kononnya dia tidak mahu jadi seperti pelakon itu. Tapi yang Cik Normah dapat tahu, dia memang beriya-iya berkelakuan dalam pelbagai segi termasuk berlakon seperti pelakon itu. Alah, cik adik, kenapa macam itu sekali. Kamu itu bakat baru yang masih hijau sangat. Bukankah perlu mencari kelainan untuk menjadi pelakon yang disegani. Kalau setakat nak jadi seperti pelakon sedia ada, lebih baik lupakan saja niat itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: