|
|
PENYANYI Womanizer yang kini berada di London untuk menjayakan konsert di 02 Arena ternyata begitu teringin untuk mengajak kedua-dua anaknya, Sean dan Jayden, untuk menemui Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.
Jadual Spears memang sangat padat, namun itu tak mengurangkan hasratnya untuk bertemu dengan Ratu Elizabeth.
"Ini kerana dia sangat menantikan detik-detik indah itu bersama dengan kedua-dua anaknya," beritahu salah seorang krew Spears, seperti disiar Music News.
Sementara itu, ini bukan kali pertama penyanyi itu teruja mahu berhadapan dengan keluarga diraja itu. Pada tahun 2002, dia pernah menunda konsert semata-mata untuk bertemu dengan cucu Elizabeth, Putera William.
Pengorbanan Spears membatalkan konsert tidak berbaloi apabila anak Putera Charles itu tidak mempunyai masa bertemu dengannya kerana ia tidak dimasukkan dalam jadual baginda.
"Ya, pada masa itu saya tak berpeluang merealisasi impian. Tetapi kami sudah berkomunikasi melalui e-mel. Dan rasanya itu pun sudah cukup membuatkan saya rasa seronok sekali," kata Spears.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: