|
|
ANGELINA JOLIE menuduh Megan Fox telah meniru stail dirinya dan tidak sesuai menggantikannya bagi melakonkan watak Lara Croft dalam siri terbaru filem Tomb Raider.
Angelina, 33, yang melakonkan watak Lara Croft, menerusi dua siri Tomb Raider sebelum ini dilaporkan bengang dengan bintang siri filem Transformers yang berusia 23 tahun itu.
Ini kerana laporan media sebelum ini menyebut Megan bakal menggantikan dirinya bagi watak tersebut dalam siri terbaru Tomb Raider.
Satu sumber memberitahu akhbar Britain, The Sun: "Angelina begitu teringin sekali lagi muncul sebagai Lara Croft di layar perak. Jika watak itu dirampas oleh Megan, dia akan berasa seperti dirompak kerana dia tidak rela watak yang dilakonkannya dengan berkesan itu diganti oleh Megan.
|
|
"Ini kerana Angelina berpendapat Megan tidak akan dapat menghidupkan watak Lara Croft dengan baik sepertinya. Dia juga ralat dengan Megan yang dikatakan meniru imej dirinya daripada tatu hinggalah fesyen pakaian yang digayakannya."
Sumber dalaman industri bagaimanapun memberitahu watak Lara Croft dalam prekuel filem Tomb Raider itu berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Megan.
Jika Megan berjaya meraih watak tersebut, Angelina dikatakan sudah merancang untuk muncul dengan filem aksi yang lebih hebat.
"Angelina bakal muncul dengan filem aksi yang menampilkan watak utama perempuan tidak lama lagi. Dan dia bermatlamat mahu menjadikan Megan tidak akan berdaya melawan kehebatannya nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: