Wah… rezeki Nabil melimpah ruah sekarang ni selepas dia keluar dari program Raja Lawak. Itulah kalau kita tak sombong dan cari rezeki dengan ikhlas, rezeki itu akan datang bak daun yang berguguran.
Terbaru Niezam dengar cerita Nabil dah mengotakan janjinya kalau dia jadi kaya raya, dia nak membahagiakan ibu dan bapanya di kampung dulu.
Patut la ada orang kampung Nabil bagi tahu yang sekarang ni rumah dia di Mambau, Negeri Sembilan sudah dirobohkan sedikit demi sedikit untuk didirikan sebuah banglo.
Tengok la tak sampai tiga tahun jadi artis, Nabil dan dapat menunaikan hajatnya untuk membesarkan rumah di kampung.
Agaknya rumah Nabil di kampung tu nanti besar mana ya? Adakah ia mencecah jutaan ringgit macam rumah Mawi? Siapa tahu kan.
Tapi biasanya kalau ibu-bapa dah nak besarkan rumah, itu bermakna akan ada sesuatu yang istimewa berlaku.
Mungkinkah detik-detik indah untuk kita semua mendengar paluan kompang akan berkumandang tak lama lagi?
Satu Malaya dah tahu Nabil sekarang tengah angau bercinta dengan Irma Hasmie. Malah khabarnya juga keluarga kedua belah pihak pun sudah merestui hubungan mereka itu.
Kepada Nabil, tahniah diucapkan dengan rezeki yang melimpah ruah dan mudah-mudahan juga percintaan dia dengan Irma itu akan kekal bahagia.
Agaknya apa hadiah istimewa Nabil belikan untuk Irma selepas balik dari Australia minggu lalu? Sekandang kangaroo ke?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: