Saturday, June 13, 2009

Angin bencana dari Sumatera


SEORANG lelaki tetap keluar memancing dalam keadaan udara tidak sihat di Pelabuhan Klang iaitu kawasan paling teruk dilanda jerebu yang dirakam pada pukul 1.25 petang semalam.


KUALA LUMPUR – Peningkatan jumlah titik panas di Sumatera serta arah tiupan angin ke Malaysia memberi petanda awal jerebu yang melanda negara ini bukan sahaja dijangka berpanjangan tetapi juga dikhuatiri bertukar lebih buruk.

Imej satelit mengesan 47 titik panas di Riau, Sumatera semalam dengan suhu 35 darjah Celsius iaitu melebihi paras normal.

Ketua Jabatan Cuaca, Meteorologi dan Geofizik Riau, Blucer Dolok Saribu memberitahu Reuters, bilangan titik panas itu dijangka meningkat dan menyebabkan jerebu tebal jika tidak ada hujan.

Beliau berkata, cuaca panas sekarang dijangka kekal sehingga Ogos sebelum tibanya musim hujan mulai September.

Penganalisis meteorologi di Pekan Baru, Riau, Rahmad Tauladani berkata, angin telah meniup jerebu dari Sumatera yang mengehadkan jarak penglihatan setakat enam kilometer ke Semenanjung Malaysia.

Sementara itu di ibu negara, tiga kawasan iaitu Batu Muda, Cheras dan Pelabuhan Klang mencatat tahap kualiti udara tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: