Friday, June 12, 2009

Amuk tikam isteri sampai mati


Beberapa anggota polis memeriksa mayat wanita yang mati dibunuh di Taman Seri Andalas, Klang semalam.


KLANG – Tidak cukup dengan menikam bertubi-tubi leher isteri sampai mati, seorang bekas kontraktor turut mencederakan dua orang anak perempuannya yang merayu supaya dia berhenti daripada terus mencederakan ibu mereka.

Dalam kejadian ngeri pada pukul 9 pagi di Taman Seri Andalas di sini semalam, suspek berusia 54, yang dipercayai mengalami gangguan mental mengamuk dan membunuh isterinya, S. Lecheme, 47, menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan antara mereka.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga ke lorong belakang rumah pasangan itu sambil mangsa melarikan diri dalam keadaan baju berlumuran darah dan terus dikejar suaminya yang membawa pisau.

Dua anak perempuan pasangan itu yang berusia 14 dan 23 tahun yang turut cedera akibat dilibas pisau pula cuba berkali-kali menghalang bapa mereka daripada menyerang wanita itu.

Seorang jiran keluarga malang itu, Nurfateha Abdul Hamid, 19, berkata, dia terkejut apabila terdengar jeritan dan kelibat seorang lelaki mengejar seorang wanita dengan tangan memegang pisau yang diekori dua anak pasangan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: