KUALA LUMPUR – Hajat mahu dapat duit lebih dengan buat kerja sambilan tetapi malangnya menjadi mangsa sindiket penipuan.
Demikianlah nasib tiga sekawan sebuah kolej di ibu negara yang masing-masing kerugian hampir RM200 setiap seorang angkara ditipu sebuah syarikat yang kononnya menawarkan kerja dari rumah.
Lebih menghampakan tiga sahabat itu menggunakan wang yang sepatutnya diguna membeli buku bagi membayar ‘deposit’ kepada syarikat itu.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Tan, 19, berkata, tawaran kerja dari rumah itu mula menarik perhatiannya selepas dia terbaca satu iklan dalam sebuah akhbar bulan lalu.
Menurut beliau, hajatnya membuat kerja sambilan adalah bagi menampung perbelanjaan pengajiannya di kolej dan mengurangkan beban terhadap keluarganya.
“Kerja yang ditawarkan mudah iaitu hanya menyunting bahan yang diberi melalui penyimpan memori dan gaji yang ditawarkan mencecah sehingga RM750 bagi tempoh seminggu,” katanya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: