BUKAN hal yang baru lagi jika Sarah Azhari dan Rahma Azhari memberi pose seksi atau berpakaian menjolok mata. Itu biasa buat dua bintang cantik ini.
Jika dulu Rahma bikin heboh dengan pose separuh bogelnya, kini Rahma dan kakaknya, Sarah tampil lebih berani apabila kedua-duanya berbogel! Beberapa keping foto bogel mereka kini hangat di dunia maya.
Dalam dua foto dengan watermark bertulis Findley Design, Sarah dan Rahma telanjang tanpa sehelai kain pun menutupi tubuh mereka.
Kedua-duanya tampak riang dan menggoda sementara tubuh mereka dibasahi air di sebuah ruangan berdinding buluh.
Dalam foto yang lain, Sarah dan Rahma bergambar bersama seorang lelaki yang hanya mengenakan seluar dalam.
Melihat dari lokasinya, foto itu diambil saat Sarah dan Rahma sedang bercuti di pantai. Mereka hanya mengenakan bikini dan cermin mata hitam.
Sementara foto yang lain pula diambil dalam suasana berbeza.
Salah satunya foto Rahma sedang berciuman dengan seorang mat saleh di sebuah jakuzi dan pada waktu itu Rahma tidak memakai coli. Dan daripada tafsiran mata kasar, mereka berdua sedang telanjang bersama.
Aksi berani daripada dua bersaudara Azhari ini memang bukan hal baru lagi, kerana keluarga Azhari sudah sinonim dengan seksi dan aksi pornografi.
Sarah, misalnya, yang sebelum ini turut menimbulkan kontroversi selepas memukul, Navis Qurtubi, seorang wartawan infortaimen pada 12 Julai 2005 di Studio Penta SCTV juga memang tidak pernah menolak untuk tampil ghairah dalam kebanyakan karakter lakonannya.
Dia malah tidak peduli dengan label pelakon 'gelap' yang diberikan kepadanya.
Bagaimanapun, sehingga kini, baik Sarah mahupun Rahma, belum memberi sebarang ulasan mengenai foto bogel mereka yang sekali lagi menggemparkan dunia hiburan Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: