SEMAKIN ramai pelakon Hollywood mula jatuh cinta dengan keindahan India. Setelah pengarah filem 'Slumdog Millioanire' David Boyle menyatakan kekagumannya, kini aktres filem 'Pretty Woman' Julia Roberts melahirkan rasa terpesonanya.
Setelah menghabiskan masa selama satu jam di Taj Mahal dengan suami kesayangan, Julia bagaikan tidak puas menatap monumen cinta yang dipenuhi dengan batu marble peninggalan Shah Jehan untuk isteri tercinta.
Pemandu pelancong yang mengiring Julia berkata "Dia nampak sangat kagum dengan binaan Taj Mahal dan asyik menyatakan ia sungguh cantik."
Julia membuat kunjungan ke Taj Mahal setelah terbang terus dari Jaipur di mana beliau menghabiskan masa selama dua hari untuk melawat tempat-tempat pelancongan.
Beliau telah menetap di resort kediaman mewah Oberoi Rajvilas.
Seorang kakitangan di resort itu berkata, "Julai telah datang bersama suami dan anak-anaknya. Beliau bersama keluarganya telah melawat tempat-tempat menarik seperti City Palace dan Amber Fort. Beliau juga berkunjung ke satu tempat peribadi di Kukas, berdekatan Amber Fort di mana beliau telah menaikki gajah selama satu jam."
"Mula-mula dia naik gajah, kemudia naik unta pula. Julia telah menghabiskan selama tiga jam di tempat itu saja. Dia juga turut menikmati hidangan tengahari di situ," kata sumber itu lagi.
Aktres berusia 41 tahun itu khabarnya suka sangat pemandangan di Amber Fort, yang terletak lebih kuran 11 kilometer dari bandar.
Jabatan industri pelancongan Rajasthan begitu gembira dengan kunjungan pasangan selebriti ini, tambahan selepas peristiwa keganasan militan di Mumbai tempohari.
"Selepas Mumbai diserang, kami tidak menerima pelancong seramai dulu. Dengan kunjungan personaliti sehebat Julia Roberts, kami harap ramai lagi yang akan berkunjung ke tempat kami," jelas jurucakap pelancongan itu.
Filem terhebat lakonan Julia Roberts ialah 'Pretty Woman' pada awal 1990'an di mana beliau berlakon di samping Richard Gere.
yelah manalah tak puji taj mahal tempat tu je yg cantik kat india..kat luar taj mahal tu pun pemandangan sgt menyakitkan mata...dengan lembunya ...sungai kotornya ikan pun tak idup..kat malaysia ni belakang rumah akupun cantik boleh wat lokasi filem bollywood eke ke..
ReplyDelete