TANJUNG RAMBUTAN - Luaran nampak biasa, namun siapa sangka kediaman milik warga emas di Kampung Bakar Bata, di sini, sebenarnya berisiko roboh pada bila-bila masa apabila terdapat mendapan tanah membentuk kawah besar di bawah lantai simen rumah berkenaan.
Kejadian itu hanya disedari sekitar September lalu apabila terdapat lubang di tepi dinding bahagian dapur rumah terbabit.
Pemiliknya, Seri Bainun Mohd Nordin, 76, berkata, mendapan itu kini mencecah sedalam lapan meter menyebabkan kediamannya itu sudah lagi tidak selamat untuk diduduki.
Menurutnya, dia yang tinggal bersama seorang anak saudara pada awalnya terkejut dengan penemuan di kediaman berusia lebih 70 tahun itu kerana tidak pernah mengalami sebarang gangguan melibatkan pergerakan tanah sebelum ini.
“Bila sedar ada lubang kecil tepi dinding, anak saudara saya terus periksa keadaan lubang dan terkejut apabila seluruh bahagian bawah lantai kosong, bila kita intai guna lampu melalui lubang itu, boleh nampak macam bentuk kawah, seolah-olah bawah rumah saya ni dah jadi gua.
“Kalau dijolok dengan galah pun boleh, sebab ruang bawah rumah ni dah kosong,” katanya.
Beliau berkata, tahun lalu, pernah berlaku tanah mendap di bahagian luar rumah, namun menyangka ia kejadian biasa.
“Tak sangka rupa-rupanya itu petanda bahawa rumah pusaka ini dalam keadaan merbahaya,” katanya.
Seri Bainun berkata, bimbang dengan keadaan struktur rumah itu, dia disarankan untuk tinggal di rumah adiknya, Mariah, 70, yang terletak bersebelahan.
“Makcik tak nak tinggal rumah lain sebab ini sahaja rumah yang ada dan selesa tinggal sendirian di sini.
“Setakat ni tak ada lagi berlaku apa-apa kejadian tak diingini, kadang-kadang makcik jenguk rumah ni. Nak jalan pun susah sebab sakit lutut. Harap-harap masalah ini dapat diatasi segera oleh pihak yang berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Mazlan Abd Rahman berkata, Jabatan Mineral dan Geosains memulakan siasatan berhubung kejadian itu dan MBI menunggu hasil laporan terbabit untuk tindakan seterusnya.
“MBI masih menunggu laporan daripada pihak berkenaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai kondisi tanah yang mungkin memberi kesan kepada rumah bersebelahan.
“MBI juga akan membantu mangsa dan pihak berkenaan dari segi peralatan dan lain-lain setelah mendapat laporan penuh terhadap kes itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: