Tuesday, October 4, 2016

Miley Cyrus Dedah Dibayar Murah Berlakon 'Hannah Montana'




miley
BINTANG Hannah Montana iaitu Miley Cyrus memberitahu pada majalah Elle, dia merupakan pelakon yang dibayar paling murah biarpun menjadi bintang utama dalam siri tersebut.
Katanya Miley, dia menerima tawaran tersebut berikutan mahu mengejar impian muncul di televisyen dan bergelar artis.

"Saya tidak popular dengan cara yang mudah, saya pernah dibayar dengan harga yang paling murah ketika terlibat dalam drama Hannah Montana, ketika itu saya hanya ingin muncul di TV," ujarnya.

Penyanyi lagu Wrecking Ball ini bersyukur kerana ibunya selalu menjadi pelindung ketika awal kemunculannya dalam industri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: