PEMINAT Kanye West kecewa apabila penyanyi rap tersebut membuat satu pengumuman mengejut mengatakan dia terpaksa menamatkan persembahan beliau secara tiba-tiba kerana masalah keluarga lapor NYPost.
Kedengaran suara-suara peminat yang tidak puas hati dengan keputusan West tersebut dan menyuarakan protes secara terbuka namun penyanyi tersebut mengatakan dia mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.
Punca utama dia berbuat demikian tersebar apabila terdapat laporan daripada CNN yang mengatakan isteri West, Kim Kardashian telah dirompak di Paris.
Menurut editor CNN Joe Sutton, melaporkan Kim telah ditahan di dalam bilik hotelnya di Paris petang semalam oleh dua lelaki bertopeng  yang bersenjata berpakaian seperti pegawai polis.
“Tiada kecederaan yang serius dilaporkan cuma keadaan Kim yang masih terkejut dan trauma dengan peristiwa itu,” katanya.
West ketika itu berada di New York kerana terlibat dengan Festival Muzik Meadows di Citi Fields, Queens dikatakan turut memulakan persembahannya lewat 30 minit menyebabkan ramai peminat kecewa serta meninggalkan pentas tanpa sempat menyanyikan lagu dari album terbarunya.
Tambahan pula persembahan ini merupakan persembahan gantian selepas cuaca buruk yang menyebabkan West membatalkan penampilannya di Governars Ball Jun lalu.