DI sebalik imej bertopeng, siapa sangka penyanyi Encik Mimpi, 28, giat yang melakukan kerja-kerja amal.
Tidak bersendirian, penyanyi ini turut mengajak masyarakat setempat mendekatkan diri dengan agama.
Meskipun sibuk dengan pelbagai komitmen, urusan agama paling penting dalam hidupnya berbanding perkara lain.
Encik Mimpi atau nama sebenarnya, Mohd Azam Zamri turut meluangkan masa mengajar al-Quran.
"Saya mengajar mengaji di tempat sahabat saya di kawasan perumahannya di Gombak.
“Sahabat saya bekerja dengan ayahnya yang merupakan pengamal perubatan Islam. Saya menyatakan hasrat kepadanya untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar. Saya memang suka mengajar orang membaca al-Quran,” katanya.
Kelas mengaji berkenaan baharu sahaja dibuka dengan kebanyakan anak murid di kelas tersebut adalah penduduk di situ.
Tidak hanya itu, Encik Mimpi turut menghadiri kelas agama yang diadakan di masjid serta surau di sekitar kawasan perumahannya.
“Saya cuba untuk hadir ke kelas agama yang dianjurkan. Saya minat untuk mendalami jurus ilmu agama seperti ilmu tauhid dan fiqah.
“Kita perlu sentiasa mempelajari ilmu agama supaya kita lebih memahami Islam itu sendiri,” katanya yang meminati bidang agama sejak dari sdi bangku sekolah lagi.
Tubuh NGO
Dalam pada itu, Encik Mimpi turut menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Kantanprenuer dianggotai beberapa selebriti lain seperti Priakustik dan Imam Muda Najdi.
“Kantanprenuer ini baru sahaja ditubuhkan dan tujuan utamanya adalah bagi memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar supaya sentiasa rajin belajar.
“Mereka yang berada di dalam NGO ini memiliki latar belakang pendidikan yang agak baik,” katanya.
Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat Kantanprenuer.
“Ini adalah salah satu cara untuk kami memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat dan Alhamdulillah, banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi sudah menghubungi untuk mendapatkan khidmat kami,” katanya.
Ditanya mengapa Kantanprenuer tidak meminta bayaran atas perkhidmatan yang diberikan, Encik Mimpi menjelaskan, apa yang dilakukan adalah ikhlas.
Jelasnya lagi, dia sentiasa memegang seruan ALLAH SWT iaitu jika seseorang manusia banyak memberi sumbangan, lebih banyak rezeki daripada pelbagai bentuk mungkin dianugerahkan oleh-NYA.
“Apabila saya dan kawan-kawan membuat aktiviti ini, kami berasa sangat seronok dan lapang dada. Jadi, nasihat saya, kita tidak perlu risau dengan melakukan perkara baik secara percuma.
“Percayalah kepada janji ALLAH SWT dan sentiasa lakukan kebaikan,” katanya.
Tidak lupa nyanyian
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, Encik Mimpi kini masih mempromosikan lagu terbaruny berjudul Hentikanlah Rindu Ini, selain menyiapkan video klip lagu berkenaan.
Dia kini sibuk menyiapkan lagu baharu untuk beberapa artis di samping mengurus dua artis di bawah syarikat rakamannya, Encik Mimpi Production (EMP).
“Mereka adalah kumpulan duo kanak-kanak, At-ri Band dan penyanyi dari Indonesia, Mezy Sandy dan ketiga-tiga artis ini adalah lelaki,” katanya.
Sejak membuka EMP tiga tahun lalu, , tiada penyanyi wanita Islam bernaung di bawah syarikatnya dan ia sudah menjadi polisi sejak awal penubuhan.
Sebagai individu yang sentiasa ditonton masyarakat, dia menjelaskan ia menjadi tanggungjawab baginya untuk menjaga perilakunya di khalayak ramai.
Lantaran itu, dia akan menolak sebarang perilaku bertentangan syarak.
“Sekiranya anda membuka laman Instagram saya, saya tidak memuat naik gambar wanita Islam tidak bertudung.
“Jadi, selain penyanyi, kita seluruh umat Islam kena sentiasa beringat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam agama.
"ALLAH SWT sentiasa memerhatikan kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: