PASANGAN Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak-anak mereka secara sementara sebelum kes perceraian mereka berlangsung.
Telegraph melaporkan Angelina bersetuju membenarkan Brad melawat enam anak-anak mereka yang kini dibawah jagaan aktres itu sejak dia memfailkan perceraian terhadap suaminya itu pada 19 September lalu.
Bagaimanapun sumber memberitahu kehadiran Brad untuk bertemu dengan anak-anaknya hanya dibenarkan dengan pengawasan seorang pakar terapi.
Persetujuan sementara itu masih belum difailkan di mahkamah malah Brad juga belum memberi sebarang respon berhubung perkara itu.
Sebelum ini, peguam Angelina memberitahu tindakan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Brad adalah untuk kebaikan keluarga mereka.
Brad pada Rabu lalu tidak menghadirkan diri ke tayangan perdana filem Voyage of Time: The IMAX Experience kerana ingin memberi fokus kepada keluarganya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: