PELAKON, Ana Dahlia mengakui dirinya tidak popular seperti mana selebriti lain biarpun sudah enam tahun berkelana dalam industri lakonan tempatan.
Tidak berkecil hati, pelakon berusia 33 tahun ini, sebaliknya tetap bersyukur apabila terus diberi peluang untuk berkarya.
"Saya sedar tidak popular.
"Tetapi, Alhamdulillah, rezeki itu tetap ada. Setakat ini, saya tidak pernah lagi putus tawaran.
"Apa yang penting, saya cuba buat yang terbaik seterusnya memperbaiki mutu lakonan saya," katanya kepada Sinar Harian.
Bahkan, pelakon drama Marhaban Kome Oi ini tidak pernah berputus asa seterusnya membuktikan kemampuannya dalam bidang yang diminatinya itu.
"Saya suka bidang ini. Ini minat saya, sebab itu saya tidak pernah rasa tidak mahu berlakon.
"Sebagai anak seni, memang banyak liku-liku hidup yang perlu dihadapi. Jadi, apa sahaja dugaan dan cabaran, sama ada yang baik atau buruk, saya anggapnya sebagai ilmu dan harus tempuhinya.
"Insya-ALLAH, saya akan kekal menjadi anak seni sampai bila-bila," katanya.
Pada masa sama, Ana yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pengarah drama, Datuk Jurey Latiff Rosli iaitu Mohd Ashraf juga tidak bercadang untuk memperlahankan karier seninya.
"Alhamdulillah, suami saya seorang yang sangat memahami. Lagipun, kami dalam bidang yang sama.
"Suami juga faham akan minat dan kerjaya saya bahkan dia juga sibuk dengan penggambaran," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Budak Magik ini turut menyuarakan hasrat untuk mencuba watak antagonis.
Katanya, watak hitam jarang ditawarkan kepadanya selepas berhijrah, sejak dua tahun lalu.
"Sebelum bertudung, saya ada juga ditawarkan dan berlakon watak antagonis.
"Namun, selepas berhijrah, saya tidak lagi ditawarkan dengan watak sedemikian sebaliknya kerap ditawarkan dengan pelbagai karakter protagonis.
"Mungkin kerana wajah saya ini baik-baik sahaja agaknya," katanya akhiri perbualan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: