Monday, August 1, 2016

Zayn Malik Ingin Bergelar Pelakon



Zayn Malik berhasrat untuk melebarkan sayap dalam bidang seni sebagai pelakon.
PENYANYI Zayn Malik ingin mengembangkan karier seninya dalam bidang lakonan.
Bercakap kepada majalah Elle, Zayn, 23, berkata, sejak dahulu lagi dia memasang impian untuk bergelar pelakon malah sering terlibat dalam pementasan teater ketika di sekolah.

"Saya mula berlakon sejak dibangku sekolah dan lakonan adalah cinta pertama saya sebenarnya," katanya.

Bagaimanapun kata Zayn, hasrat untuk serius dalam bidang itu terhenti selepas dia menyertai kumpulan One Direction sebelum bergerak solo pada tahun lalu.

Zayn berkata, sekiranya ditawarkan watak bersesuaian dengannya dia tidak teragak-agak untuk mencuba berlakon selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: