WAZE telah menyertakan fungsi paparan amaran apabila pemandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Jika di awal pengenalan, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja, kini ia boleh digunakan di negara ini.
Bagaimanapun, ia hanya berfungsi ketika anda menggunakan Waze dan ia dapat mengenal-pasti had laju pemanduan anda di jalan raya.
Sekiranya anda melebihi had laju yang ditetapkan, Waze akan memaparkan amaran sehingga anda memandu pada had laju yang dibenarkan.
Kemas kini aplikasi anda hari ini untuk menikmati fungsi baharu yang dibawakan oleh Waze, bagi memastikan anda dalam pemanduan selamat.