KANTA lekap sudah lama di pasaran Malaysia dan berfungsi sama seperti cermin mata, membantu penglihatan mereka yang mengalami masalah rabun mata, tetapi ia bersifat lebih ringan.
Pada awal kemunculannya, kanta lekap hanya didatangkan dalam warna jernih dan tidak kelihatan apabila si pemakai menggunakannya.
Kini, seiring dengan peredaran zaman, penggunaannya semakin meluas dan fungsinya juga semakin berubah, tidak terhad kepada mereka yang rabun mata sahaja.
Dengan pelbagai jenis, pilihan warna dan corak trendy, yang memukau, kanta lekap semakin menjadi pilihan ramai bukan sahaja sebagai alat bantuan penglihatan, tetapi juga menjadikan mata kelihatan menarik, selain untuk tujuan fesyen.
Pelbagai pilihan warna
Bagi eksekutif, Nur Azlinda Azman, 34, berkata, walaupun gemarkan kanta lekap trendy, namun dia berhati-hati ketika memilih, dengan melihat testimoni pelanggan lain supaya tidak tersalah pakai kerana khuatir boleh merosakkan mata.
“Saya lebih suka kanta lekap yang berwarna. Warna pilihan saya adalah coklat, hijau, biru dan ada kalanya saya akan pakai kanta lekap yang biasa.
“Setiap tahun saya memperuntukkan RM100 membeli kanta lekap. Namun pada tahun ini, perbelanjaan kanta lekap menurun sebab kuasa kanta (power) mata semakin berkurangan,” katanya.
Nur Azlinda mula berkanta lekap sejak 12 tahun lalu kerana tidak selesa berkaca mata.
“Biasanya saya beli kanta lekap trendy secara online. Kalau beli yang biasa, saya beli di kedai cermin mata,” katanya.
Penjawat awam, Sazlina Salehudin, 38, pula berkata, setiap kali kanta lekap trendy berada di pasaran, dia tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya sepasang.
Selain disebabkan rabun jauh, Sazlina memakai kanta lekap kerana pengaruh daripada adiknya yang sudah lama menggunakannya, tanpa sebarang masalah.
“Bila kita pakai cermin mata, ia akan meninggalkan kesan pada hidung dan di bawah mata pula kelihatan lebam. Dengan memakai kanta lekap, saya rasa lebih positif dan berkeyakinan tinggi,” katanya yang mula memakai kanta lekap pada 2009.
Permintaan tinggi
Sementara itu, peniaga kanta lekap jenama Amallens Softlens, Nur Ain Kamaliana Kamaruzaman berkata, sejak awal tahun lalu, dia menjual kanta lekap secara atas talian (online), tempahan diterima tidak putus-putus.
“Setiap kali pelanggan membeli, terutama yang baru berjinak-jinak dengan kanta lekap, saya akan memberi bimbingan dari segi pemakaian dan penjagaan kebersihan kanta lekap untuk memudahkan mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun pelbagai jenis pilihan kanta lekap dijual, Amallens Softlens menerima permintaan tinggi bagi kanta lekap jenis ‘hydro nobluk’, ‘hydro nobluk ring’, ‘hydro sonic’, ‘prime’, ‘moonlight’ dan ‘red series’.
“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual 50 pasang kanta lekap sebulan, kini permintaan semakin meningkat sehingga 100 pasang sehari.
“Saya menjual kanta lekap bermula pada harga RM10 hingga RM18, tidak termasuk kos pos. Harganya lebih rendah kerana saya beli borong dengan harga rendah daripada rakan saya dari utara,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: