Instagram Rozita Che Wan
KENDERAAN Toyota Vellfire milik pelakon Rozita Che Wan, 43, atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Subang Jaya pagi tadi.
Perkara itu disahkan Che Ta menerusi Instagram rasminya bahawa kereta berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu telah dicuri.
Beliau juga meminta semua pihak agar dapat menghebahkan perkara itu dan meminta mereka yang ternampak kereta berkenaan agar menghubungi talian 012-6160949.
Difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Subang Jaya.
Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan kenderaan mewah Toyota Vellfire milik pelakon terkenal itu pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi Rozita yang popular dengan gelaran Che Ta menyedari kehilangan kereta berkenaan ketika ingin keluar dari rumahnya di sebuah kondominium di USJ 11, di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pelakon itu meninggalkan keretanya di tempat letak kereta kondominium dihuni kira-kira jam 3 pagi.
Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakam kereta mangsa dilarikan dua lelaki kira-kira jam 4 pagi.
"Dalam rakaman CCTV suspek dilihat melanggar palang keselamatan di pintu masuk kondominium sebelum melarikan diri. Mangsa kehilangan beberapa barangan berharga termasuk beg tangan miliknya.
"Sehubungan itu orang ramai yang ada ternampak kereta milik mangsa diminta berhubung dengan mana-mana balai polis di kawasan berhampiran," katanya Rozita membuat laporan polis kira-kira jam 11 pagi, tadi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: