Filem Munafik arahan Syamsul Yusof mendapat sembilan pencalonan pada Festival Filem Malaysia Ke-28.
Syamsul, 32, berkata, dia bertindak demikian kerana merasakan skrip berkenaan tidak melangkaui apa yang pernah dihasilkan menerusi Munafik sebelum ini.
"Skrip Munafik 2 sudah separuh siap saya hasilkan namun saya mengambil keputusan untuk buang dan tulis semula kisahnya kerana merasakan ia tidak menepati apa yang saya mahukan.
"Naskhah pertama mendapat sambutan luar biasa penonton dan untuk sekualnya ia perlu melangkaui apa yang pernah saya hasilkan," katanya.
Syamsul ditemui pada majlis pengumuman finalis lima terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM 28) yang diadakan di Platinum Sentral di sini, Rabu.
Malam kemuncak FFM 28 bakal diadakan pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.
Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Tambah Syamsul, dia menjangkakan Muanfik 2 akan disiapkan dan ditayangkan kepada penonton pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, bercakap mengenai sembilan pencalonan yang diterimanya menerusi filem Munafik pada FFM 28, Syamsul berkata, dia bersyukur dengan pencalonan berkenaan.
Syamsul berkata, dia paling teruja dengan kategori Pelakon Wanita Terbaik yang menyaksikan pelakon utama Munafik, iaitu Nabil Huda tercalon kerana telah menjangkakan perkara itu.
"Alhamdulillah dengan pencalonan diterima Munafik dan saya paling teruja dengan pencalonan diterima Nabila dan tidak terkejut jika dia memenanginya nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: