PEMAIN-pemain Leicester City hadir menjajalani latihan di Stadium King Power dengan membantu BMW 18s berwarna biru yang dihadiahkan kepada mereka selepas merangkul tofi kejuaraaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Kereta mewah yang menggunakan enjin turbo itu bernilai lebih kurang £105,000 pound (RM554,292) itu dihadiahkan oleh pengerusi kelab, Vichai Srivaddhanaprabha.
Kereta mewah yang menggunakan enjin turbo itu bernilai lebih kurang £105,000 pound (RM554,292) itu dihadiahkan oleh pengerusi kelab, Vichai Srivaddhanaprabha.
Skuad kendalian Claudio Ranieri itu kini giat menjalani latihan menjelang aksi Piala Perisai Komuniti bertemu juara Piala FA, Manchester United pada Ahad ini.
Bagaimana pun tidak semua pemain yang memandu hadiah pemberian pemilik kelab tersebut seperti penyerang sensasi kelab, Jamie Vardy dilihat lebih selesa memandu keretanya sendiri iaitu Bentley berbanding BMW, begitu juga dengan Leonardo Ulloa dan Shinji Okazaki.
Dalam pada itu, pemilik kelb yang merupakan ahli perniagaan berjaya telah memenuhi janjinya untuk menghadiahkan kereta mewah kepada pemain-pemainnya, malah turut membayar cukai jalan bernilai £30,000 setiap seorang.
Selain itu, Ranieri lebih mementingkan perlawanan bertemu United hujung minggu ini berbanding hadiah yang diterima pemain-pemainnya.
Selain itu, Ranieri lebih mementingkan perlawanan bertemu United hujung minggu ini berbanding hadiah yang diterima pemain-pemainnya.
"Hadiah hanya untuk pemain-pemain, bukannya saya. Saya mahu bercakap dengan pemilik kelab," ujarnya dalam nada bergurau kepada MailOnline.
Pun begitu, Ranieri berkata: "Saya hanya tumpukan kepada perlawanan dan bukannya kepada hadiah kereta."
Leicester kini dalam perhitungan untuk melakarkan sejarah baharu untuk merangkul gelaran juara Piala Perisai Komuniti buat kali pertama selepas tahun 1971.
Selepas itu, The Foxes bakal memulakan kempen EPL musim baharu dengan bertemu Hull City pada 31 Ogos ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: