SAMBAL hitam sebagai penambah selera bukan sahaja menjadi kegemaran 'kaki sambal', bahkan juga menjadi trend buat peniaga-peniaga tempatan untuk memasarkan produk mereka ke peringkat lebih luas.
Menyedari sambal hitam semakin mendapat permintaan, Siti Nur Atikah Mohamad Razi, semakin optimis dengan produk Sambal Hitam Tradisi Original Raub Pahang (Sambal Hitam Original) yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu.
“Idea untuk menjual sambal hitam ini tercetus apabila sering mendapat tempahan rakan-rakan. Banyak penjual sambal hitam Pahang tetapi mempunyai keistimewaan masing-masing.
“Ia masakan tradisional yang cukup terkenal di Pahang. Rasa sambal hitam yang mengandungi belimbing buluh ini mampu membuka selera dengan rasa masam dan pedas,” katanya.
Siti Nur Atikah berkata, dia bersama dua kakaknya membuat sambal hitam itu menggunakan resipi yang diwarisi daripada nenek mereka.
“Resipi tradisi tersebut berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk industri kecil sederhana kerana bahan asasnya mudah didapati dan boleh disimpan untuk satu jangka masa lama.
“Cara penyediaannya adalah menggunakan lesung batu dan tempoh memasak sambal ini agak panjang. Belimbing buluh dimasak tanpa air sehingga warnanya bertukar hitam iaitu selama lima jam,” katanya.
Siti Nur Atikah berkata, sambal hitam belimbing buluh boleh tahan selama beberapa bulan jika dimasak dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk.
Menurutnya, selain belimbing buluh, bahan lain yang digunakan adalah ikan bilis, lada api, garam, bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Katanya, ikan bilis yang digunakan adalah terbaik dan bukan daripada jenis yang terlalu kasar atau terlalu halus bagi mendapatkan tekstur sambal kering dan berderai.
Menyasarkan 10,000 bekas terjual menjelang akhir tahun ini berikutan sambutan yang diterima menggalakkan, Siti Nur Atikah berkata, ia akan dibantu pelantikan beberapa ejen bertujuan meluaskan pasaran sambal hitam tersebut selain strategi pengiklanan menggunakan media sosial.
“Walaupun tiga bulan dalam pasaran, sebanyak 1,000 bekas terjual di kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Raub, Pahang. Saya yakin, permintaan akan bertambah di luar Lembah Klang kerana kami menyediakan perkhidmatan pos.
“Setiap hari kami hasilkan 50 bekas dan dihantar ke sekitar Bangi, Serdang dan Putrajaya. Kami jual RM5 sebekas yang mempunyai 70 gram dan RM80 bagi sekilogram,” katanya.
Siti Nur Atikah berkata, dia mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen terutama suri rumah.
Tambahnya, dia rancang untuk pelbagaikan jualannya antaranya sambal tempoyak Pahang, gulai tempoyak ikan patin dan khidmat katering masakan Pahang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: