PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Mya Ruslee belum terfikir untuk mencari pasangan hidup selepas bercerai dengan bekas suaminya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 17 Ogos tahun lalu.
Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 40, berkata, dia kini banyak memberi tumpuan kepada menjaga ibunya, Kasmah Daud, 63, yang diserang penyakit angin ahmar pada tahun lalu selain wanita berkenaan mempunyai kencing manis.
"Buat masa sekarang saya tidak fikir pun soal pengganti kerana tumpuan saya sekarang adalah menjaga ibu yang tidak sihat akibat serangan angin ahmar dan perlu menjalani rawatan susulan berkala di hospital.
"Kesihatan ibu saya sekarang kurang baik kerana diserang angin ahmar selain dia juga menghidap kencing manis yang memerlukan perhatian.
"Buat masa sekarang saya tidak fikir pun soal pengganti kerana apa paling penting keperluan dan kebajikan ibu terjaga memandangkan dia perlu menjalani rawatan susulan berkala di hospital," katanya kepada mstar Online.
Dalam pada itu, Mya berkata, dia tidak berasa terbeban menjaga ibunya kerana ia adalah tanggunjawabnya selain turut dibantu oleh adik-beradiknya.
Kata Mya, dia puas dapat menjaga ibunya kerana ini adalah masanya dia membalas segala jasa dan pengorbanan wanita berkenaan kepadanya.
"Saya anggap perceraian saya sebelum ini ada hikmahnya juga kerana jika tidak tentu saya tak dapat menjaga ibu seperti mana saya lakukan sekarang.
"Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berbakti dan membalas segala jasa dan pengorbanannya selama ini dan sebab itu saya jelaskan fokus sekarang adalah sepenuhnya kepada ibu," ujarnya.
Bagaimanapun kata Mya, itu tidak bererti dia menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebaliknya terbuka dalam soal tersebut selain menyerahkan ia kepada ketentuan Allah.
Katanya lagi, pada usianya sekarang dia mencari lelaki yang bertanggungjawab dan jujur dalam menjalinkan hubungan.
"Saya tidak tergesa-gesa pun tetapi saya terbuka jika ada yang ingin berkenalan dan berkawan kerana itu perkara biasa.
"Kalau nak bercinta-cinta seperti zaman muda rasanya tidak tetapi saya mencari lelaki bertanggungjawab dan jujur," jelasnya.
Bercakap mengenai perkembangan terkininya, Mya berkata, dia kini berehat daripada dunia lakonan seketika bagi memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.
Kata Mya, sudah tiba masanya dia kembali mengorak langkah dalam nyanyian selain bakal melancarkan single duet bersama Siti Saida berjudul Setia.
"Sudah agak lama saya tidak betul-betul aktif sebagai penyanyi dan sudah tiba masanya saya kembali bangkit dan menyusun strategi bagi kemunculan semula saya.
"Alhamdulillah penerimaan peminat pun nampaknya cukup positif malah banyak memberi kata-kata perangsang untuk saya terus aktif," ujarnya.
"Sudah agak lama saya tidak betul-betul aktif sebagai penyanyi dan sudah tiba masanya saya kembali bangkit dan menyusun strategi bagi kemunculan semula saya.
"Alhamdulillah penerimaan peminat pun nampaknya cukup positif malah banyak memberi kata-kata perangsang untuk saya terus aktif," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: