Tuesday, August 2, 2016

Kurang Sebulan, Video Tarian Black Pink Terima 5 Juta Tontonan




KUMPULAN baharu di bawah pengurusan YG Entertainment, Black Pink berjaya mencuri perhatian apabila video tarian mereka mencecah lima juta tontonan di Youtube.
Video tarian yang dimuat naik hampir sebulan itu merupakan gimik sebelum keluar dengan album pertama tidak lama lagi.
Rata-rata penonton menyukai video berkenaan dan tidak sabar menunggu album kumpulan itu yang sudah tertunda beberapa kali.
Album Black Pink akan dilancarkan pada 8 Ogos depan dan pihak YG Entertainmet sudah menyiapkan lapan muzik video dalam album berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: