Wednesday, August 3, 2016

Konsert EXO Selama Enam Hari Cipta Sejarah




EXO mengadakan konsert selama enam hari di Stadium Olimpik, Seoul dan ia mencatat sejarah buat kumpulan itu.
KUMPULAN kpop terkenal EXO berjaya mencipta sejarah apabila persembahan Exo Planet #3 - The Exo'rdium adalah satu-satunya konsert yang diadakan selama enam hari.
Soompi melaporkan tiket menyaksikan konsert berkenaan pada setiap tarikh habis dijual dan secara keseluruhannya ia mencatatkan kehadiran 84,000 penonton.

Konsert itu diadakan di Stadium Olimpik, Seoul pada 22,23,24,29,30 dan 31 Julai lalu.

Ia adalah antara lokasi terbesar di Seoul yang boleh memuatkan lebih 10,000 penonton pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: