Thursday, August 11, 2016

Isteri Dedah Hafiz Suip Lebih Tegas Selepas Kahwin



Kebahagiaan Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel. Foto dari Instagram Hafiz Suip.
KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, 26, berkata suaminya itu lebih serius dan bersikap tegas selepas mereka mendirikan rumahtangga sejak 14 Mei lalu.
Nureffy Jasreel, 23,  berkata, sikap serius Hafiz itu disifatkannya sebagai satu proses kematangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

"Berbeza pada zaman bercinta dulu, Hafiz nampak lebih santai dan kuat bergurau tetapi selepas kami kahwin, satu yang saya perasan dia lebih serius dan terutamanya yang berkaitan pengurusan rumah tangga.

"Biarpun Hafiz bukanlah seorang yang cerewet untuk diuruskan, namun sebagai   isteri saya cuba untuk jadi yang terbaik.

"Kalau dulu saya langsung tidak pandai memasak, kini saya mahu lebih rajin ke dapur untuk belajar memasak," katanya.
Hafiz Suip dan isterinya pada Syawal lalu. Foto dari Instagram Hafiz Suip.
Sementara itu, Hafiz ketika ditanya  cahaya mata memberitahu, dia dan isteri tidak pernah merancang soal itu sebaliknya jika diberikan rezeki dalam waktu terdekat ini, mereka terima dengan hati terbuka.
"Buat masa ini masih belum ada apa-apa perkhabaran tentang itu, tetapi kami akan terus berusaha.

"Setidak-tidaknya sambutan raya tahun hadapan, kami sudah bertiga," katanya.

Dalam perkembangan kain, Hafiz berkata dia kini mahu lebih fokus kepada kerjaya seninya di mana dia kini sedang mengumpul material untuk album ketiganya.

Kata Hafiz, album kali ini cuba mengangkat angka tujuh sebagai simbol kejayaan selepas tujuh tahun namanya terpahat dalam dunia seni.
"InsyaAllah saya akan terbitkan sebuah album mini dengan hanya tujuh buah lagu bersempena tujuh tahun penglibatan saya di dalam industri seni.
"Selain saya juga merupakan produk yang diperkenalkan menerusi program Akademi Fantasia musim ke tujuh (AF7)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: