Friday, August 5, 2016

Hubungan Suzy & Lee Min Ho Dilaporkan Putus



KHABAR terbaharu tentang hubungan pasangan Suzy dan Lee Min Ho kini dikatakan sudah putus.
Seperti dipetik Sports Today, kesibukan kerjaya menjadi alasan berakhirnya hubungan percintaan tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu berjanji untuk terus menjaga hubungan baik mereka.

"Suzy dan Lee Min Ho baru sahaja putus, namun mereka masih baik sebagai rakan artis," ujar sumber.

Ahli Miss A itu dikhabarkan sedang sibuk dengan drama baharunya berjudulUncontrollably Fond.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada awal 2015.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: