Sekitar suasana pertandingan memancing pantai Teluk Gong, barubaru ini.
MELAKA - Hadiah bernilai lebih RM70,000 menanti peserta pertandingan memancing pantai Telok Gong, Ahad ini.
Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan kerjasama Pemuda Umno Telok Gong itu bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari. Juara pertandingan akan menerima RM35,000, tempat kedua RM9,000 dan ketiga menerima RM4,000.
Manakala, pemenang tempat keempat menerima RM1,500 dan kelima hingga ke-14 menerima RM1,000.
Penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai dari tempat ke-15 hingga ke-65, 10 tiket cabutan bertuah wang tunai RM100 setiap satu dan barangan Igloo serta hamper.
Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, pertandingan itu yang terbesar selepas Ramadan dan Aidilfitri bagi kategori pantai.
"Ini juga kali pertama pemenang tempat keempat hingga ke-15 mendapat penghargaan tinggi apabila masing-masing ditawarkan hadiah RM1,000.
“Yuran penyertaan RM100 untuk satu joran dan peserta boleh mendaftar lebih daripada satu joran.
"Setiap pendaftaran layak menerima satu tiket cabutan bertuah dan 500 kemeja T turut disediakan kepada peserta yang membuat pendaftaran awal, khususnya menerusi pembayaran atas talian," katanya.
Berdasarkan pertandingan memancing sebelum ini, spesies pari dijangka mendominasi carta pemenang kerana kawasan Pantai Teluk Gong memang menjadi habitat spesies berkenaan.
Selain itu ikan semilang, ketuka, gerut-gerut, tetanda, senangin dan gelama juga banyak terdapat di perairan tersebut.
Pertandingan adalah berdasarkan ikan terberat dengan berkonsepkan ‘Sapu Bersih’, di mana seorang peserta layak menang lebih daripada satu hadiah.
Kaunter pendaftaran akan dibuka di lokasi pertandingan pada jam 12 tengah hari, Sabtu ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: