Faizal berkata, dengan cara itu juga ia dapat menyatukan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai kerjasama yang bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan dana malah program-program lain seperti ceramah, konsert dan sebagainya.
"Alhamdulillah penubuhan iAMFAITHMEN telah memberi banyak peluang kepada pihak kami dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
"Malah ada pihak-pihak daripada organisasi besar datang memberi amanah kepada kami untuk mengagihkan sumbangan dan dari situ timbul idea kenapa tidak pertubuhan ini menjadi pengantara.
Dalam pada itu, Faizal berkata, dia juga berharap akan lebih banyak masyarakat dari pelbagai bangsa tampil untuk sama-sama dalam usaha yang bukan sahaja memberi sumbangan tetapi melakukan kebaikkan terhadap sesama manusia.
Kata Faizal, masyarakat di Malaysia sebenarnya cukup positifi dan sentiasa terbuka untuk membantu namun kekurangan saluran betul membuatkan hasrat berkenaan terbantut.
"Orang Malaysia ini sebenarnya semuanya baik-baik dan suka membantu dan sebab itu menerusi iAMFAITHMEN kami galakkan mereka menyertai kami sebagai sukarelawan. Ia juga sebahagian daripada sedekah dan amal jariah kita," katanya.
Dalam perkembangan sama, Faizal berkata, dia bersama iAMFAITHMEN akan berangkat ke Acheh, Indonesia pada September depan bagi menjalankan aktiviti amal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: