Rakshitha Kumar
LONDON - BRITAIN. Disaat kanak-kanak berusia dua tahun masih belajar untuk berjalan, Rakshitha Kumar sudah mampu menyebut 196 buah negara dan ibu kota popular ataupun yang tidak dikenali.
Dengan mudah mengikut turutan abjad, benua demi benua malah mengetahui ibu negara yang kurang popular seperti Kazakhstan, Uzbekistan, Lesotho, Mauritania.
Pencapaian luar biasa ini bermula apabila dia diajar mengenai ibu negara India dan Britain oleh bapanya Kumar, 33, dan ibu Kavitha, 30, ketika berada di dalam penerbangan selama 11 jam.
Apa yang mengagumkan, Rakshita mampu menghafal setiap ibu negara yang disebut kedua ibu bapanya pada keesokan harinya.
Tertarik dengan pencapaian anak mereka itu, pasangan itu membeli buku kanak-kanak berkaitan senarai 30 negara terkenal di dunia.
Dalam masa seminggu, kanak-kanak itu mampu menghafalnya dan kini dia mampu mengingat 196 negara selepas hanya tiga bulan belajar dan mengingat.
Apabila kedua ibu atau bapanya menyebut nama sesebuah negara, Rakhistha mampu menjawab kembali nama bandar negara tersebut dengan betul.
Menurut Ramesh yang merupakan pengurus projek Royal Bank of Scotland, dia bersama isterinya pada mulanya mengajarnya mengenali ibu negara India adalah New Dehli dan tempat yang kami akan tinggal adalah London.
"Saya sangat terkejut selepas dia datang semula kepada kami sehari kemudian dan mampu menyebut kembali negara-negara tersebut kepada kami," katanya dipetik Mirror.uk
Tambahnya lagi, anaknya itu turut mampu menyanyikan semula lagu yang didengarnya sebelum itu dengan lancar pada keesokan harinya.
"Dari usia yang sangat muda, dia lebih tertarik kepada buku dan keupayaan mengingatnya sangat baik," ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: