PELAKON sedang popular menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu mengakui mencabar dirinya apabila memilih menerima menjadi pelakon teater.
Menurut Uqasha Senrose, meski pun ilmu sebagai pelakon layar belum mencukupi, namun dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan mengiktiraf bakatnya di pentas teater.
"Apabila mendapat tahu ditawarkan berlakon teater, saya agak terkejut.
"Tetapi kerana watak ditawarkan sangat menarik, jadi tiada sebab saya menolaknya," katanya.
Tambahnya, pementasan teater tersebut hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
"Kalau nak ikutkan masa latihan memang tidak mencukupi. Bagaimanapun, saya cuba berikan yang terbaik.
"Apa sahaja ilmu yang ada sepanjang bergelar pelakon akan dimanfaatkan sepenuhnya," katanya bakal bergandingan bersama Keith Foo untuk teater berskala besar itu.
Ditanya apakah dia tidak gentar kritikan penonton, kata Uqasha, dia mengambilnya sebagai risiko.
"Komen negatif atau positif saya terima sahaja. Ini adalah garis panduan sebagai pelakon," katanya.
Dalam pada itu, mengakui dirinya menjadi perhatian kerana Tundukkan Playboy Itu, katanya, dia bersyukur kerana drama bersiri itu mendapat sambutan baik.
"Walau pun watak saya tidak terlalu berat, tetapi saya mendapat respons baik daripada peminat.
"Penggambaran masih belum tamat jadi, saya akan berikan lebih baik untuk karakter itu. Cuma sekarang agak sibuk kerana perlu fokus kepada teater dan drama bersiri," katanya lagi.
Selain Uqasha, drama bersiri itu turut dibintangi Hafidz Roshdi, Aliff Satar dan Mawar Rashid.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: