Thursday, March 3, 2016

Syarikat umum cuti untuk kakitangan datang bulan



Syarikat umum cuti untuk kakitangan datang bulan
Gambar hiasan
BRISTOL - BRITAIN. Sebuah syarikat di Bristol memperkenalkan polisi kepada kakitangan wanita di mana mereka diberi cuti khas ketika datang bulan.

Syarikat Coexist memberi garis panduan untuk membenarkan wanita mengambil cuti tanpa dikira sebagai cuti sakit dan diharap ia akan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

"Saya telah menguruskan ramai kakitangan wanita sejak beberapa tahun dan saya melihat mereka terpaksa bekerja ketika berdepan dengan kesakitan ketika datang bulan," kata Pengarah Bex Baxter, 40, memberitahu Bristol Post.

"Kakitangan wanita tidak mengambil cuti sakit kerana menganggap mereka tidak sakit. 

"Ini adalah tidak adil. Di Coexist kami amat memahami dan  jika sesiapa berasa sakit tidak kira apa jenis penyakit, kami menggalakkan mereka untuk pulang ke rumah," ujarnya dipetik Metro.uk.

Katana lagi, pihaknya juga  mahukan polisi diiktiraf dan membolehkan wanita untuk berdepan dengan proses semulajadi tanpa melabelkan mereka sebagai sakit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: