PENYANYI dan pelakon Park Ji-young atau lebih dikenali sebagai Kahi pada Jumaat mendedahkan gambar bakal suaminya di laman Instagram.
Bersama foto tersebut, Kahi turut memberitahu dan mengesahkan khabar angin tentang pernikahannya yang tersebar dilaman sosial.
Bagaimanapun, Kahi meminta maaf kerana tidak dapat menjelaskan perkara tersebut secara terperinci."Ini adalah orang yang akan menjadi suamiku, anda pasti terkejut dengan berita ini, maaf kerana tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang majlis itu," tulisnya di kapsyen foto itu.
Tambah Kahi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk majlis yang akan dilangsungkan di Hawaii tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: