MENGUSAHAKAN perniagaan sejak setahun lalu, kini ayam goreng RM1 seketul yang dijual di Pekan Bandar Baharu, di sini kian mendapat sambutan orang ramai.
Bekas pekerja makanan segera, Zulkifli Arbain, 45, berkata, kerana bosan makan gaji, dia memilih untuk membuka perniagaan makanan itu bagi menyara keluarga.
"Banyak juga kerja yang saya buat selepas makan gaji di restoran makanan segera berasaskan ayam.
"Jadi dengan pengalaman yang ada, saya terfikir kenapa saya tak cuba buat perniagaan ayam goreng dengan harga RM1 seketul walaupun ekonomi tak menentu dan harga barang begitu mahal," katanya.
Menurutnya, dia menceburi perniagaan ayam goreng RM1 seketul ini bukan semata-mata untuk dapatkan keuntungan, tetapi untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan.
"Selalu di kawasan kampung, ibu bapa bekerja sendiri dan gaji hanya cukup makan dengan anak yang ramai.
"Kadangkala mereka nak juga makan makanan sedap, jadi di sini mereka boleh beli ikut kemampuan," katanya.
Zulkifli berkata, sejak hari pertama pembukaan gerai Ayam Goreng Ranggup RM1 sambutan daripada orang ramai memang menggalakkan.
“Sehari boleh habis 500 ketul ayam goreng, bukan saja budak sekolah yang beli tapi semua kaum pun ada.
"Selalunya pelanggan akan datang beli lagi ayam goreng di sini sebab rasanya yang seakan seperti ayam di restoran makanan segera terkemuka selain harganya murah," katanya.
Katanya, tempahan ayam gorengnya juga meningkat terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan.
"Kalau cuti sekolah, ramai yang balik kampung. Ada yang buat tempahan sehingga 50 ketul untuk mereka makan di rumah," katanya.
Tambahnya, dia juga sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: