Wednesday, March 2, 2016

Awal Ashaari & Scha Al-Yahaya Jadi Rujukan Ibu Bapa Besarkan Anak




Scha dan Awal seronok kongsi pengalaman besarkan Lara Alana.
CHERAS: Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya seronok apabila menjadi tempat rujukan kepada para ibu bapa dalam membesarkan anak mereka, Lara Alana yang kini berusia setahun, 7 bulan.
Awal berkata, dia sering menerima emel daripada golongan ibu yang bertanyakan cara-cara kami besarkan kanak-kanak itu daripada pelbagai sudut termasuk pemakanan dan gaya hidup.
"Saya suka berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara Alana, ramai juga yang emel saya untuk bertanya berbagai-bagai perkara.

"Ada juga ibu bapa yang beri pendapat mereka dalam hal ini dan saya rasa ramai orang di luar sana yang sayangkan anak saya," ujarnya kepada mStar Online.

Awal ditemui pada majlis Anugerah MeleTOP 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, dekat sini, malam Ahad.

Lara Alana turut terlibat sebagai salah seorang selebriti yang menyampaikan anugerah dalam kategori Couple MeleTOP yang dimenangi oleh Johan dan Ozlynn.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia seronok berkongsi pengalaman tersebut dilaman sosial yang secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat dalam hal berkaitan kekeluargaan.

"Pada awalnya saya cuma ingin buat journal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara.

"Ia membuatkan saya lebih bersemangat dan mengambil keputusan meneruskan perkongsian walaupun ada segelintir pihak yang sentiasa mengkritik," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pendedahan yang terlalu awal dalam membabitkan di ke dunia hiburan, Awal berkata, dia mahu kanak-kanak itu mempunyai kemahiran sosial yang baik.

Tambahnya, pendedahan awal kepada dunia popular ini juga boleh membantu dia untuk masa akan datang.

"Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar.

"Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Awal berkata, mereka dalam perbincangan dengan pihak Astro untuk sebuah program realiti tentang keluarga yang banyak berkongsi tentang pengalaman membesarkan Lara Alana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: