Thursday, February 4, 2016

Zika sudah ada di Thailand




Zika

BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki Thailand mencetuskan suasana panik di negara itu selepas didapati positif virus zika.
Memetik laporan AFP, menyatakan Pengarah Hospital Bhumibol Adulyadej, Santi Srisermpoke menyatakan lelaki berusia 22 tahun itu disahkan positif virus tersebut selepas dia menjalani ujian darah.
“Pesakit ini mengalami demam, ruam dan mata merah,lelaki itu telah sembuh dan dibenar keluar daripada hospital,” katanya tanpa memberitahu berapa lama pesakit berkenaan dirawat atau di mana dia dijangkiti.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan Awam, Amnuay Gajeena berkata, kemungkinan virus itu sama seperti yang ditemui di Amerika Selatan.
“Bagaimanapun, ini bukannya penyakit baru di Thailand. Kes pertama yang disahkan adalah pada 2012. Sejak itu kami mengesan purata tidak lebih lima kes setiap tahun.
“Tiada sebab untuk panik kerana virus zika tidak pernah menjadi wabak di Thailand dan semua kes ini adalah terpencil,” jelasnya.
Virus ini dibawa oleh nyamuk aedes aegypti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: