Sebuah hospital di Tegucigalpa, Honduras, dipenuhi ibu bapa dan anak mereka selepas Presiden Juan Orlando Hernandez mengumumkan negara kini berada dalam keadaan pencegahan Zika.
BRASILIA - Brazil menyambut baik keputusan dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan darurat kesihatan awam ke atas virus Zika.
Pengisytiharan itu sekali gus memberi peluang kepada Brazil yang menjadi negara paling terjejas akibat virus itu, untuk menerima bantuan antarabangsa dalam menangani penularan wabak tersebut.
Menurut WHO, pihaknya telah menyiapkan diri untuk memerangi Zika, virus yang dikaitkan di Amerika Latin dan dikhuatiri akan menular ke Asia serta Afrika.
Pegawai WHO, Anthony Costello berkata, PBB sedang merangka garis panduan untuk wanita hamil dan mengumpulkan pakar bagi meneliti definisi microcephaly, keadaan kongenital di mana bayi dilahirkan dengan kepala lebih kecil, termasuk mengesahkan ukuran standard kepala bayi.
"Penglibatan masyarakat membanteras kawasan nyamuk yang membawa virus Zika dan pembangunan alat diagnostik adalah penting. Pengambilan vaksin mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: