PETALING JAYA: Desas-desus berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.
Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.
Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.
Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: