Friday, February 19, 2016

Korea Utara akan lancar serangan ke Korea Selatan?



Kim Jong-un
Kim Jong-un
SEOUL - KOREA SELATAN. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un baru-baru ini mengarahkan persiapan untuk melancarkan serangan "keganasan" ke atas Korea Selatan, kata seorang pegawai Seoul pada Khamis.
Dalam ucapan di televisyen Pegawai Rasmi Presiden Korea Selatan, Kim Sung-woo berkata, agensi perisikan Korea Utara telah mula bekerja bagi melaksanakan perintah Kim Jong Un untuk mengumpul keupayaan keganasan anti selatan yang boleh menimbulkan ancaman langsung kepada kehidupan dan keselamatan.
Sung-woo berkata, kemungkinan serangan Korea Utara semakin meningkat lebih daripada biasa" dan meminta untuk kelulusan rang undang-undang anti-keganasan di Parlimen.
Korea Utara mempunyai sejarah serangan ke atas Korea Selatan, seperti serangan 2010 di sebuah pulau yang membunuh empat rakyat Korea Selatan dan pada tahun 1987 insiden pengeboman pesawat penumpang Korea Selatan yang mengorbankan semua 115 orang di atas kapal.
Tetapi ia adalah mustahil untuk mengesahkan dakwaan tentang apa-apa persediaan serangan tersebut.
Sung Woo bagaimanapun tidak mengatakan dari mana maklumat terkini diperolehi.
Terdahulu, seorang pegawai Parti Saenuri, yang menghadiri taklimat tertutup Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS) berkata Korea Utara membuat persediaan serangan.
NIS yang memetik kajian mengenai provokasi Korea Utara pada masa lalu dan beberapa penilaian yang lain, serangan disasarkan kepada aktivis anti Pyongyang, pengkhianat dan pegawai kerajaan di Korea Selatan.  
"Serangan ke atas kereta api bawah tanah, pusat membeli-belah dan tempat-tempat awam yang lain juga boleh berlaku, katanya yang enggan namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media dan umum.
Memetik AP, sumber itu turut enggan mendedahkan sama ada taklimat itu membincangkan bagaimana maklumat itu telah diperoleh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: